“Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin)
yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar
lagi maha mengetahui.” (Al Isra’1)
Berdasarkan banyak hadis – hadis mengenai peristiwa Isra’ Mi’raj, para ulama
meringkaskan peristiwa Isra’ Mi’raj sebagai berikut;
RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut,
dilakukan oleh Jibril, Mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw.
dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) yaitu tempat syaitan
membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada
Rasulullah saw. Selesai pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’ ”
Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsa):Sepanjang perjalanan
(Isra’) itu Rasulullah saw. diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil
a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan salat dua rakaat.
Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi
Musa as berbicara (munajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat nabi ‘Isa a.s
dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw.
menghadapi gangguan jin ‘Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw. diberitahu oleh Jibril a.s : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. SeTiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum. Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Mi’raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan mi’raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril
a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
- Langit Pertama:Rasulullah saw berjumpa dengan nabi Adam a.s.
- Langit Kedua: Nabi saw bertemu dengan nabi ‘Isa a.s dan nabi Yahya a.s.
- Langit Ketiga:Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
- Langit Keempat: Bertemu dengan nabi Idris a.s.
- Langit Kelima:kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
- Langit Keenam:. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
- Langit Ketujuh: bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, nabi Ibrahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamilah- iya dengan lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah s.a.w menyaksikan berbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak
berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun,
batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata
yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai
al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan
melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa
dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur
‘Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat bertemu Allah Subhanahu wa
Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,
Rasul- Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang
besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah
S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita
gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku
jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu
pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku
kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah
al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan
daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di
bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s
kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada
Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya
Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Selepas Mi’raj:Rasulullah saw.
turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini Baginda saw. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya
menjadi saksi (bukti) peistiwa Isra’-Mi’raj yang amat ajaib itu (Daripada satu
riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah). Wallahu a’lam. Kisah Isra’ – Mi’raj Nabi Muhammad SAW selalu
menarik perhatian terutama bagi saintis. Berbagai macam disiplin ilmu
pengetahuan digali untuk menyingkap misteri disekitar perjalanan Rasulullah SAW
pada waktu malam hari dari Masjidil Haram sampai Masjidil Aqsa, perjalanan
beliau yang dinamai Isra’. Demikian pula perjalanan Beliau dari Masjidil Aqsa
dengan naik tangga ke langit pertama, kedua dan seterusnya, sampai langit ke
tujuh kemudian ke Shidratul Muntaha perjalanan Beliau yang dinamai Mi’raj.
Harapan kami artikel ini menjadi pelajaran untuk kita semua Ami................................n!
Kisah yang bermanfaat, Kisah Rasulullah yang perlu dipelajari bagi seluruh umat muslim sedunia.
ReplyDelete